Kami adalah syarikat yang membekalkan komputer berjenama seperti DELL, Compar, Acer, NEC dan Toshiba serta berjenama tempatan seperti Bl@st, Tagg dan Crystal. Kami juga ada menyediakan komputer yang telah diguna pakai (secondhand/Refurbish). Komputer yang dibekalkan adalah dari jenis Desktop dan Notebook.

Kami juga memberi perkhidmatan penyediaan perkakasan serta peralatan komputer termasuklah penyediaan alat pandang dengar seperti projektor. Perkakasan komputer dari kami juga adalah yang terkini dengan memenuhi spesifikasi seperti mana yang dikeluarkan di pasaran.

Perkhidmatan selepas jualan juga disediakan dan perkhidmatan ini merangkumi khidmat nasihat, bantuan teknikal serta pengawalan sistem dari serangan virus. Keutamaan khidmat selepas jualan kami dititikberatkan bersesuaian dengan misi kami untuk menyediakan perkhidmatan kelas pertama kepada pelanggan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2005. www.myviper.net