|
|
Syarikat
yang disegani ialah syarikat yang mempunyai semua
maklumat serta identiti yang tersendiri. Syarikat tanpa
identiti merupakan syarikat yang kurang lengkap.
Korporat Identiti adalah perkhidmatan kami untuk
syarikat yang sedia ada mahupun yang baru ditubuhkan.
Kami akan merangka identiti syarikat bermula daripada
rekabentuk kad bisnes, logo syarikat,
profil syarikat, email, laman web,
letterhead, rekabentuk template Microsoft Office
Power Point, serta sistem networking syarikat.
Semua
perkhidmatan ini didatangkan dalam satu pakej. Anda
tidak perlu memeningkan kepala untuk memikirkan semua
ini kerana kami bertanggujawab dalam penyediaan semua
maklumat serta identiti syarikat.
|
|