|
|
Viper Tech
Centre juga menyediakan perkhidmatan Korporat Video bagi
syarikat atau badan kerajaan yang memerlukan suatu
pembaharuan dalam sistem penyampaian maklumat kepada
orang ramai.
Penyediaan korporat video ini meliputi tugas penyediaan
jalan cerita, penggambaraan, pengubahan video, muzik
latar sehinggalah kepada cetakan dalam bentuk VCD.
Kami juga dilengkapi dengan segala kemudahan seperti
kamera, pencahayaan, peralatan pengubahan video (video
editting) dan lain-lain lagi. Kemampuan kami juga
dibuktikan dengan penyediaan ‘skrin biru’ (blue screen)
sepertimana yang dikehendaki pelanggan.
Antara projek yang telah disediakan termasuklah
usahasama kami dengan pihak RTM. Kakitangan kami telah
menjadi sebahagian daripada tenaga penyumbang untuk siri
RTM seperti Interzone dan beberapa drama cereka yang
lain. |
|