Viper Tech Centre merupakan sebuah syarikat 100% pemilikan Bumiputera yang mencebur diri dalam bidang IT dan Multimedia. Objektif utama Viper Tech Centre ialah untuk mengetuai dalam lapangan industri Perkomputeran dan Teknologi Multimedia di seluruh Malaysia khasnya.

Kemampuan kami kini telah terbukti dengan kepakaran yang dimiliki setanding dengan syarikat gergasi. Kami telah mengorak langkah sehingga mampu berdiri sama tinggi dengan syarikat yang mendapat pengiktirafan MSC.

Kini kami ingin mengambil kesempatan diatas kepakaran yang ada untuk turut sama membantu dan membangun dalam dunia teknologi maklumat untuk disalurkan kepada sektor kerajaan. Kepakaran kami terbukti dengan pelbagai projek usahasama yang telah dijalankan dengan badan kerajaan mahupun syarikat korporat yang lain.

Viper Tech Centre diterajui oleh tenaga profesional yang bergraduat dari institut pengajian tinggi tempatan. Bertepatan dengan itu, Viper Tech Centre kini melangkah lebih jauh lagi dengan menjadikan syarikat di Malaysia yang menyediakan Teknologi Virtual Realty, 3D, Reka Bentuk Laman Web, Pengelenggaraan Server, Hosting, Sistem Jaringan, Servis dan Jual Beli Komputer serta Radio/Internet TV.

 

Misi

Matlamat kami adalah menjadi yang terbaik dari yang terbaik. Untuk memenuhi segala yang kami misikan, kami bertungkus-lumus mendalamkan pengetahuan kami dalam bidang berkaitan. Berbekalkan pengetahuan serta kemahiran tinggi yang kami miliki, kami berusaha memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada pelanggan kami.
Dan dari sini lah bermulanya falsafah perkhidmatan kami...


'Kepuasan Pelanggan Adalah Dedikasi Kami’