Antara salah satu kepakaran kami adalah penyediaan sistem rangkaian bagi sebuah bangunan mahupun ruang pejabat yang kecil. Fokus utama di dalam pembangunan rangkaian ini adalah meliputi aspek-apek utama teknikal seperti topologi rangkaian, keperluan perkakasan dan perisian, model fizikal rangkaian, metodologi serta fasa pembangunan rangkaian.

Sistem rangkaian kami juga adalah yang berdasarkan protokol Ethernet. Ia merupakan satu teknologi yang paling sesuai digunakan di dalam pembangunan rangkaian setempat (Local Area Network- LAN). Sistem rangkaian dari kami juga dibantu dengan sistem pengoperasian Linux/UNIXX bagi rangkaian yang memerlukan sistem simpanan data serta pengkongsian jaringan.

Kami juga berupaya menyediakan sistem rangkaian berasaskan teknologi tanpa wayar. Sistem ini lebih mudah untuk diselenggarakan oleh pelanggan selepas pemasangan lengkap. Sistem rangkaian tanpa wayar ini juga dapat memudahkan pelanggan mengakses internet atau ke sistem jaringan komputer lain walaupun kedudukan komputer berubah terutama kepada pengguna komputer riba (laptop).

        

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2005. www.myviper.net