|
|
Sebuah
rangkaian yang dibina khusus untuk menyediakan
perkhidmatan capaian web, pengautomasian kerja-kerja
pejabat secara elektronik (paperless environment and
e-office) kepada pengguna rangkaian perlu mempunyai
pelayan-pelayan yang bersesuai supaya ia boleh
beroperasi dengan lancar dan mestilah dilengkapi dengan
sistem keselamatan rangkaian yang baik. Pelayan-pelayan
yang mesti digunakan adalah:
● Pelayan Gateway (Setup Gateway)
● Pelayan Web (Setup Web Server)
● Pelayan DNS (Setup DNS Server)
● Pelayan Mail (Setup Mail Server)
● Pelayan Fail / Data (Setup File / Data Server)
Keupayaan kami dalam penyediaan sistem pelayan
dilengkapi dengan sistem firewall. Firewall adalah satu
komponen ataupun set komponen yang mengawal capaian di
antara rangkaian yang dilindungi dengan Internet.
Firewall juga bertindak sebagai satu sistem keselamatan
yang bertujuan untuk menghalang serangan daripada
Internet dari memasuki dan merebak ke dalam sistem
rangkaian dalaman. Ia biasanya diimplementasikan di
antara rangkaian dalaman yang dilindungi dan rangkaian
luaran ataupun Internet boleh bertindak sebagai Gateway.
Linux dipilih sebagai sistem pengoperasian pelayan untuk
sistem ini kerana terdapat keistimewaan dan kebaikannya
yang tersendiri. Ini kerana pemilihan perisian aplikasi
adalah penting bagi kami supaya perkhidmatan dapat
disediakan tanpa sebarang masalah dan tidak terdapat
sebarang kelemahan pada perisian berkenaan yang boleh
membawa kepada ralat konfigurasi atau kegagalan
kefungsian. Bagi pelayan web, e-mel, DNS dan pelayan
Gateway, sistem pengoperasian Linux akan digunakan
manakala bagi pelayan fail akan menggunakan Sistem
Pengoperasian Ms. Windows NT atau Ms XP.
|
|